Football

Safee Sali kecam penganjur MSL ekoran masalah stadium

Pemain baru PKNS, Safee Sali mengecam Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang juga penganjur Liga Super Malaysia (MSL) ekoran kelewatan mereka memeriksa stadium pada saat akhir hingga menyebabkan berlaku masalah stadium untuk PKNS FC menjelang sepak mula Liga Super 2017 pada hari Jumaat ini.

“Kenapa semua stadium diperiksa pada saat akhir? Penganjur patut memeriksa tempat pertandingan sebulan sebelum liga bermula,” kata Safee kepada ESPNFC pada majlis perasmian jersi dan bas PKNS pada hari Selasa lalu.

“Persiapan kami akan terganggu kerana ini. Saya kecewa kerana MSL akan bermula seperti ini.”

Sebelum ini PKNS akan menggunakan Stadium Shah Alam untuk musim 2017, namun telah diberitahu bahawa mereka perlu bermain di waktu petang jika menggunakan Stadium Shah Alam, kerana lampu limpah tidak menepati syarat FMLLP iaitu 1,500 lux dan proses baik pulih dijangka hanya akan siap pada bulan Mac.

“Ini satu situasi sukar buat kami. Bermain di waktu petang bermaksud kami tidak akan dapat sokongan penyokong.”

PKNS akan memulakan aksi Liga Super menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada hari Sabtu ini.

Other posts by