Stadium Persija Jakarta bakal miliki rumput seperti Old Trafford dan tempat duduk penonton seperti San Siro di Milan.
Itu janji calon wakil Gabenor Jakarta Sandiaga Uno untuk peminat bolasepak di Jakarta jika dia memenangi pemilihan kepala daerah (Pilkada) Jakarta nanti.
“Saya yakin dalam 18 bulan stadium terebut akan dapat dibina di Jakarta,” kata Sandi ketika berkunjung ke Jakarta Selatan pada hari Selasa seperti dilaporkan oleh media Indonesia, Tirto.id
Persija sebelum ini telah beraksi di pelbagai stadium seperti Pulo Piun, Stadium Ikada, Menteng dan Lebak Bulus. Pada tahun 2008, Persija menjadikan Gelora Bung Karno sebagai rumah mereka sehingga sekarang. Namun, disebabkan proses baik pulih GBK, mereka terpaksa menggunakan Stadium Manahan (2016) dan Stadium Patriot di Bekasi, Jawa Barat bagi musim ini.
Other posts by Khairul Nizam