Others

Stadium Putra Bukit Jalil kini dikenali sebagai Axiata Arena

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Stadium Putra Bukit Jalil kini akan dikenali sebagai Axiata Arena.

Penukaran nama ini adalah sempena perjanjian 10 tahun yang bernilai RM55 juta di antara Perbadanan Stadium Malaysia (MSC) dan Axiata Group Bhd.

“”Kami masih meneliti butiran perjanjian dan berharap stadium itu dapat memberi impak dalam mempromosikan Kuala Lumpur sebagai hab sukan rantau ini selain berperanan sebagi pusat hiburan dan kebudayaan,” kata Khairy yang dipetik dari Bernama ketika menghadiri majlis pelancaran Axiata Arena yang berlangsung di Menara Axiata semalam.

Khairy turut berkata bahawa arena tersebut akan digunakan untuk Sukan SEA dan Sukan Para Asean yang akan berlangsung pada Ogos dan September ini.

Dia turut menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut berharap lebih banyak syarikat korporat yang berkerjasama dalam membangun dan memajukan stadium di seluruh negara.

Stadium Putra akan diubah suai bagi memuatkan kapasiti maksimum 14,425 tempat duduk menjadikannya stadium tertutup paling besar di Malaysia.

Other posts by