Enam jam jenama Hublot bernilai £10,000 ( RM 54440) setiap satu yang sepatutnya diberikan kepada semua pemenang individu termasuk Faiz Subri didapati hilang.
Namun wakil Hublot berjaya mencari pengganti baru untuk semua jam tangan tersebut pada saat terakhir untuk diberikan kepada semua pemenang, termasuk Cristiano Ronaldo dan Claudio Ranieri.
Jurulatih Terbaik 2016, Claudio Ranieri pastinya tidak kisah dengan hadiah berkenaan kerana dia sendiri merupakan duta kepada jenama pesaing Hublot, Tag Heuer.
Seorang jurucakap FIFA berkata: “Kami sedang menyiasat apa yang berlaku kepada semua jam tangan itu. Ianya hilang di satu tempat.”
Other posts by Khairul Nizam