Nampaknya JDT bakal mempunyai kubu baru Julai tahun hadapan.
Stadium baru yang dinamakan Stadium Sultan Ibrahim Larkin sebelum ini dijadual untuk siap pada Januari 2018, namun bakal siap lewat 6 bulan selepas DYAM Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan kepada kedudukan stadium tersebut.
Memetik kenyataan dari laman Facebook Johor Southern Tigers: “Baginda mahu pastikan sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.
“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini.”
Stadium baru ini mampu menampung 35,000 hingga 40,000 penyokong dan akan memiliki pejabat pentadbiran, café dan megastore.
Melihat pada perancangan stadium ini, ia akan menjadi stadium terbaik di Malaysia dan mungki antara yang terbaik di rantau Asean dan mungkin Asia. Sementara menunggu bulan Julai 2018, penyokong Harimau Selatan akan terus memenuhi Stadium Larkin yang mampu memuatkan 30,000 penyokong bagi musim ini.
Di Stadium Larkin, JDT kebal tanpa kalah untuk tiga musim, mungkin jika berpindah ke stadium baru nanti, rekod kebal mereka bakal berpanjangan melebihi 3 musim.Melihat pada kejayaan JDT saban musim, nampaknya mereka perlu menyiapkan bilik trofi yang besar untuk meletakkan semua trofi yang mereka telah dan bakal menangi.
Other posts by Khairul Nizam