Football

Kedah uji bekas pemain Bundesliga bagi mengisi kuota import

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah sedang menguji pemain Denmark Ken Ilso bagi memenuhi kuota import mereka bagi musim hadapan.

Pemain Denmark itu tiba di Kedah pada hari Isnin selepas menolak untuk menyambung kontrak bersama pasukan Liga Singapura Home United bulan lalu.

Kedah sedang mencari pemain untuk menggantikan dua pemain import mereka Thiago Augusto serta Shane Smeltz dan Ilso dijangka bakal mengisi salah satu kekosongan itu.

Memetik kata-kata ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe seperti dilaporkan oleh Berita Harian: “ Kami bersedia untuk membuat keputusan mengenai penyerang utama bagi musim baru,”

“Selain penyerang, kami juga mencari seorang lagi pemain Asia untuk mengisi kuota pemain import Asia bagi musim depan.”

Ilso yang merupakan bekas pemain bawah 21 tahun Denmark sebelum ini menjaringkan 37 gol dari 41 perlawanan dalam dua musim ketika bersama Home United di Singapura.

Ilso sebelum ini pernah beraksi bersama Fortuna Dusseldorf di Bundesliga dan SC Heerenveen di Eredivisie Belanda.

Kedah juga sedang menguji seorang lagi pemain Brazil Thiaqo Quirino untuk mengisi kuota import mereka. Hanya Liridon Krasniqi yang kekal bersama Kedah bagi musim hadapan.

Other posts by