Football

30 orang terkorban selepas bot bawa pasukan bolasepak karam di Uganda

Baru berapa bulan dunia bolasepak dikejutkan dengan tragedi yang menimpa pasukan Chapecoense, satu lagi tragedi berlaku.

Sekurang-kurangnya 30 orang maut selepas sebuah bot yang membawa satu pasukan bolasepak dan penyokong tenggelam 100 meter dari kawasan tebing di Uganda.

30 dari 45 penumpang yang tidak pandai berenang lemas ketika dalam perjalanan untuk perlawanan persahabatan sempena krismas – walaupun keadaan tenang dan tidak berangin di kawasan Lake Albert.

https://twitter.com/TRongen/status/813523759122546688

Pihak polis dan para nelayan dapat menyelamatkan sebilangan penumpang dan sebilangan penumpang yang mampu berenang dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke persisiran pantai.

Pemain dan penyokong dari kawasan perkampungan Kaweibanda di daerah Buliisa sedang dalam perjalanan ke Runga Landing Site di daerah Hoima sebagai salah satu aktiviti krismas menurut akhbar tempatan Daily Monitor.

Mereka sedang bergembira ketika bot mendekati kawasan tebing, di mana bot meriah dengan bunyi gendang, trompet dan siulan.

Namun menurut Ketua Polis Daerah Buliisa, John Rutagira seperti yang dilaporkan Daily Monitor menyatakan: “Mereka memenuhkan bot.

“Saksi menyatakan bahawa kebanyakan penumpang duduk di sebahagian bot menyebabkan bot hilang keseimbangan.

”Setakat ini, kami dapat mengesahkan dari 45 penumpang di atas bot, hanya 15 orang terselamat.”

The Monitor turut mendakwa bahawa pengendali bot dan kebanyakan penumpang berada dalam keadaan mabuk ketika memulakan perjalanan.

Consolate Akutu, seorang ibu berusia 18 tahun yang turut bersama untuk menyokong pasukan adalah salah seorang dari sembilan yang dikenalpasti terkorban.

Namun, anaknya yang baru berusia lima bulan tidak dibawa bersama dan ditinggalkan bersama ibu bapanya di rumah.

Other posts by