Football

Jamie Vardy memakai topeng diri sendiri ketika menentang Everton

Setiap orang ada cara protes mereka. Ada yang turun ke jalanan untuk protes. Ada yang memboikot perlawanan untuk protes. Ada yang memaki hamun untuk protes.

Namun, bagi pemilik Leicester City, cara mereka protes agak berbeza.

Photo credit: Getty Images
Photo credit: Getty Images

Pemilik the Foxes telah mencetak 30,000 topeng muka Jamie Vardy dan meletakkanya di semua tempat duduk penonton bagi membantah keputusan Football Association yang menolak rayuan penggantungan Jamie Vardy.

Vardy sebelum ini dikenakan penggantungan tiga perlawanan selepas menerima kad merah akibat membuat bentesan kasar terhadap penyerang Stoke, Mame Biram Diouf dalam perlawanan di antara dua pasukan berkenaan pada 17 Disember.

Apa yang lebih melucukan adalah Jamie Vardy yang berada di kawasan tempat duduk penonton turut dilihat memakai topeng tersebut.

Penyerang antarabangsa England itu akan turut terlepas perlawanan menentang West Ham dan Middlesbrough namun akan kembali beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Everton di Goodison park pada 7 Januari.

Pengurus Leicester, Claudio Ranieri mendakwa dia tidak sempat keluar dari terowong stadium untuk melihat topeng berkenaan.

“Saya minta maaf, saya tidak melihatnya ketika keluar. Saya tidak tahu, itu bukan masalah saya. Saya tak nampak. Saya minta maaf,” kata Ranieri.

“Ianya sukar untuk dikatakan mengenai betapa kami merindui Vardy. Saya tidak melihat topeng-topeng itu.

Namun, keputusan perlawanan tersebut membuktikan dengan 30,000 orang Vardy pun tetap tidak dapat membantu Leicester menunjukkan aksi cemerlang seperti musim lalu kerana mereka tewas 2-0 kepada Everton dalam perlawanan tersebut.

Other posts by