Football

Slot percuma untuk pemain Malaysia di J League

Liga Jepun atau J League membuka peluang untuk pemain-pemain dari negara-negara ASEAN dan seangkatan untuk bermain di Jepun dalam syarat pendaftaran pemain asing bagi tahun 2017.

Screen Shot 2016-12-26 at 9.48.00 AM
Sumber dari www.jleague.jp

Dalam satu kenyataan dalam laman web mereka yang menerangkan mengenai syarat baru untuk pendaftaran pemain asing bagi musim hadapan ada mengatakan bahawa tiada kekangan dari segi jumlah pemain dari ‘J League Partner Nations’ untuk didaftarkan oleh kelab atau menyertai skuad utama.

Antara ‘J League Partner Nations’ setakat Disember 2016 adalah Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Singapura, Indonesia, Iran dan Qatar.

Ini berbeza dengan syarat untuk negara Asia yang bukan teman J League di mana mereka tergolong dalam syarat hanya lima pemain asing dibenarkan untuk didaftarkan dan tiga pemain termasuk satu pemain dari negara anggota Konfederasi Bolasepak Asia dibenarkan berada dalam kesebelasan utama.

Dengan kelonggaran sebegini, sudah masanya untuk pemain dari Malaysia mengambil peluang ini untuk cuba berhijrah dan bermain di liga Jepun.

Selain Jepun, mungkin pemain dari Malaysia juga boleh memulakan langkah berhijrah ke Thailand selepas Liga Thailand memperkenal kuota khas untuk slot pemain dari negara Asean bagi musim 2018 nanti.

Semoga dengan adanya peluang sebegini, lebih ramai pemain tempatan akan cuba bermain di luar negara dan menaikkan nama Malaysia. Sudah sampai masa pemain belajar makan sushi berbanding nasi lemak.

Other posts by