Melaka United hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani penyerang sensasi Argentina, Sergio ‘Kun’ Aguero menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Namun, jika anda fikirkan Aguero ini adalah Aguero Manchester City, anda silap.
Penyerang berusia 22 tahun ini merupakan bekas pemain Club Atletico All Boys (Argentina) dan FC Tatabanya (Hungary).
Sergio Fabian Ezequiel Aguero atau lebih dikenali sebagai Kun bakal memperkuat jentera serangan pasukan Melaka United bagi musim 2017. Pada musim lalu, Melaka United menjuarai Liga Premier dengan penyerang sensasi mereka Ilija Spasojevic menjaringkan 27 gol dalam 23 perlawanan.
Aguero sebelum ini dikhabarkan diintai oleh lagi satu pasukan dari Selatan, iaitu juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’azim.
Other posts by Khairul Nizam