Football

Pertahanan Chapecoense mulai pulih dari kecederaan parah ekoran nahas pesawat Colombia

Pemain Chapecoense Alan Ruschel, yang minggu lalu hanya mampu berkomunikasi dengan menggunakan pergerakan tangan selepas terselamat dari nahas pesawat yang mengorbankan 19 orang rakan sepasukannya, kini sudah semakin pulih.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu merupakan orang pertama yang diselamatkan dalam nahas pesawat Colombia yang mengorbankan 71 orang itu.

Selepas mengalami pelbagai kecederaan ekoran nahas itu, Ruschel kini sedang dalam proses pemulihan di Klinik Somer yang terletak di Rionegra, Colombia.

Sebuah video telah dikeluarkan yang menunjukkan pemain itu berjalan dengan bantuan dan memberikan isyarat bagus, sebelum memberikan mesej kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih semua, semua orang risau mengenai proses pemulihan saya. Ini Alan Ruschel,” katanya dalam rakaman tersebut.

“Saya mahu memberitahu anda bahawa saya semakin pulih. Saya akan kembali ke Brazil tidak lama lagi untuk menghabiskan proses pemulihan.

”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan, kata-kata semangat yang saya terima. Terima kasih semua. Terima kasih.”

Sokongan menakjubkan telah diterima dari seluruh pelusuk dunia ekoran nahas pesawat yang mengorbankan 71 orang di Colombia itu.

Doktor pakar Ortopedik Marcos Andre Sonagli yang membantu Ruschel ketika berjalan, mengesahkan bahawa pemain itu tidak mengalami kecederaan tulang belakang.

 

 

Other posts by