Football

Ronaldinho, Riquelme keluar dari persaraan untuk bermain dengan Chapecoense

Legenda bolasepak Amerika Selatan Ronaldinho dan Juan Roman Riquelme mungkin keluar dari persaraan untuk bermain secara percuma dengan pasukan yang dilanda tragedi Chapecoense apabila mereka mahu membentuk semula pasukan.

Laporan timbul bahawa legenda Brazil dan Argentina itu akan menawarkan perkhidmatan apabila kelab membina semula pasukan yang dikhabarkan akan mengambil masa dua ke tiga tahun.

“Ianya masa yang sukar,” kata pengurus Ronaldinho yang juga abangnya Roberto Assis kepada Globo Esporte. “Apabila ada pertemuan, kita akan bercakap.

“Saya hanya boleh katakan bahawa kami sedia membantu.

”Dia (Ronaldinho) memang sesuai, boleh jadi pemain yang tepat. Tetapi sekarang masanya untuk membantu ahli keluarga dan tidak elok untuk memberikan harapan sekarang. Sebagai rakyat Brazil, kami merasai kesengsaraan mereka. Kami bersama mereka.”

Presiden Atletico Mineiro, pihak lawan Chapecoense seterusnya berkata, pasukannya tidak akan beraksi menentang Chapecoense.

19 pemain Chapecoense terbunuh pada hari Isnin apabila kapal terbang yang mereka naiki terhempas di Colombia. Tiga orang pemain terselamat namun kini masih berada di hospital.

Pemangku presiden Chapecoense awal minggu ini berkata bahawa ketua Konfederasi Bolasepak Brazil, Marco Polo Del Nero, telah mengarahkan kelab berkenaan beraksi di perlawana terakhir mereka menggunakan pemain muda.

Presiden Atletico Mineiro Daniel Nepomuceno berkata: “ Kami percaya dengan sukan. Kami merasai keperitan mereka. Ini bukan masanya untuk mengarahkan pemain beraksi dalam perlawanan ini,”

CBF telah melancarkan perkabungan selama tujuh hari.

Perlawanan terakhir liga tertinggi di Brazil dijadualkan pada 11 Disember.

 

Other posts by