Football

Penjaga gol Chapecoense umum persaraan ekoran tragedi nahas kapal terbang

Penjaga gol Chapecoense, Nivaldo mengesahkan persaraannya 24 jam selepas kes nahas kapal terbang yang mengorbankan 71 penumpang di Colombia termasuk ramai rakan sepasukannya.

Nivaldo tidak bersama pasukan bagi pusingan pertama perlawanan akhir Copa Sudamericana menentang Atletico Nacional pada hari Rabu di Medellin kerana dia dijadualkan membuat penampilan ke 300 untuk kelab tersebut dalam perlawanan liga menentang Atletico Mineiro pada hujung minggu ini.

Pemain berusia 42 tahun itu turut terlepas perlawanan menentang Palmeiras Ahad lalu di mana mereka tewas 1-0 kerana dia diatur untuk membuat penampilan bersejarahnya di depan penyokong sendiri, namun pada hari Rabu dia mengumumkan untuk tidak mahu bermain lagi.

“Saya sepatutnya pergi bersama mereka, tetapi saya tinggal di sini,” kata Nivaldo kepada Globoesporte.

“Semua benda dalam hidup ini ada sebabnya. Saya tidak pergi bersama ke Palmeiras kerana ia akan menjadikan perlawanan terakhir saya menentang Atletico-MG, apabila saya melengkapkan 300 penampilan untuk kelab. ”

“Disebabkan ada pertukaran pada tarikh perjalanan, mereka tidak akan pulang ke Chapeco tetapi terus ke Sao Paulo ke Medellin. Sebab itu Caio (jurulatih) menyatakan tidak akan membawa saya.”

Pegawai Chapecoense sedang merancang satu majlis besar-besaran kepada semua mangsa di Stadium Conda Arena di Chapeco, bandar kecil Brazil yang terletak di negeri Santa Carina. Siasatan masih diteruskan bagi mengesan punca nahas, dengan akhbar Brazil serta Colombia mendakwa kemungkinan pesawat kehabisan minyak di peringkat akhir penerbangan.

Other posts by