Football

Wajarkah Malaysia memboikot Piala AFF Suzuki?

Kecoh di media sosial apabila ramai mempunyai percanggahan pendapat sama ada wajar atau tidak Malaysia memboikot Piala AFF Suzuki. Ada yang menyokong dan ada yang tidak setuju.

Sebelum itu, kita perlu tau mengapa isu ini timbul.

Semuanya berlaku apabila media melaporkan mengenai konflik di Wilayah Rakhine yang terletak di barat laut Myanmar apabila keganasan berlaku terhadap etnik Rohingya di kawasan tersebut.

Keganasan di wilayah tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 orang dan 30,000 askar Myanmar didakwa telah melakukan penganiayaan seksual kepada ramai golongan wanita etnik Rohingya.

Krisis terkini itu merupakan yang paling serius sejak beratus warga Rohingya dibunuh akibat pertembungan kaum di Rakhine pada 2012.

Sejak berita tersebut menjadi viral di media sosial, terdapat banyak gesaan untuk Malaysia memanggil pulang pasukan Malaysia yang sedang beraksi di sana.

Terbaru, mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Malaysia menarik diri sebagai tanda solidariti dan menyuarakan bantahan terhadap keganasan pada etnik Rohingya.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang menyatakan bahawa perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri Jumaat ini.

Namun, ada juga penyokong yang tidak bersetuju jika pasukan Malaysia menarik diri kerana menganggap penarikan diri tersebut hanya bersifat populis. Ditambah pula apabila mengenang apa yang berlaku pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow apabila Malaysia menarik diri sekaligus mengecewakan pasukan bolasepak Malaysia yang telah layak ke kejohanan sukan tersebut.

Photo credit: Twitter @AdliZakuan
Photo credit: Twitter @AdliZakuan
Photo credit: Twitter @AinieHaziqa
Photo credit: Twitter @AinieHaziqa
Photo credit: Twitter @afifbahardin
Photo credit: Twitter @afifbahardin
Photo credit: @RomyJarr
Photo credit: Twitter @RomyJarr
Photo credit: Twitter @Superleplep
Photo credit: Twitter @Superleplep

Apa pendapat anda? Adakah anda setuju Malaysia menarik diri dari melawan Myanmar Sabtu ini? Atau anda rasa Malaysia wajar meneruskannya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Other posts by