Football

Marc Wilmots tuduh Courtois dedahkan taktikal pasukan kepada lawan

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Belgium Marc Wilmots membuat pendedahan mengejutkan di L’Equipe TV pada malam Isnin lalu.

Wilmots yang dipecat selepas Euro 2016 dan digantikan dengan bekas pengurus Wigan dan Everton, Roberto Martinez.

Antara pendedahan Wilmots adalah, penjaga gol Chelsea Thibaut Courtois adalah punca dia dipecat dan penjaga gol itu tidak menyukai taktikal pengurus kelabnya sekarang, Antonio Conte bersama Itali.

Menurut Wilmots, Courtois sering membocorkan taktikal pasukan kepada media. Antara petikan perbualan itu:

Wartawan: Tapi Marc, wartawan Flesmish ada taktik? Ada ura-ura mengatakan media mendapat maklumat ini dari Courtois, menerusi bapanya..

Wilmots: Secara jujur saya sudah tidak peduli. Ada satu tahap saya sudah berhenti memikirkannya, kerana bila ia akan berakhir? Beberapa ‘tikus’ telah disebut. Adakah ianya Courtois menerusi bapanya? Mungkin, dan jika ia benar memang sedih sekali.

Pergaduhan mereka tidak terhenti setakat itu. Wilmots turut mendedahkan bahawa Courtois tidak menggemari taktikal Antonio Conte di kejohanan Euro.

Courtois dilaporkan menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap taktikal Belgium di kejohanan itu. Wilmots mendakwa dia berkata: ”Adakah anda mahu kami bermain dengan sembilan orang pertahanan seperti Itali?”

Pendedahan ini pastinya akan menarik perhatian jurulatih Belgium sekarang, Roberto Martinez dan Antonio Conte. Namun, sepanjang Euro berlangsung, memang terdapat ura-ura perpecahan di dalam skuad Belgium. Mungkin taktikal Wilmots sedikit negatif dan dapat dilihat sekarang bagaimana Martinez mengubah taktikal Belgium dan bermain secara menyerang.

Bagi taktikal Conte bersama Chelsea pula, pastinya kini Courtois menyesal jika benar dia berkata demikian. Bak kata pepatah, tak kenal,maka tak cinta.

Other posts by