Pemain No.1 dunai Lee Chong mempunyai nasihat untuk Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Goh V Shem-Tan Wee Kee Kiong menjelang Terbuka Hong Kong minggu ini.
Memetik laporan akhbar The Star, bintang badminton negara itu mahu rakan sepasukannya untuk bertahan dan fokus pada permainan sendiri.
Di Terbuka China minggu lalu, Iskandar tewas kepada Jan O Jorgense dari Denmark di separuh akhir 20-22, 22-20, 7-21.
“Saya gembira melihat Iskandar di separuh akhir Superseries buat pertama kali. Ketika ketiadaan saya, dia mengharumkan nama Malaysia,” kata Chong Wei kepada The Star.
Bercakap mengenai ugutan yang dilakukan Jorgensen kepada Iskandar dalam perlawanan tersebut, Chong Wei berkata: “Ugutuan adalah perkara biasa dalam perlawanan. Saya pernah melaluinya ketika beraksi menentang Chen Long dan Lin Dan. Kita tidak perlu membalasnya.
”Ianya mudah untuk terkesan tetapi kita perlu fokus. Saya harap Iskandar lebih berani di masa depan. Dia akan menjadi lebih baik daripada pengalaman ini, itu sudah pasti,” tambah Chong Wei.
Chong Wei juga tidak mahu V Shem-Wee Kiong untuk berputus asa selepas bergu No.1 dunia itu tewas kepada Zhang Nan-Liu Cheng dari China di pusingan pertama minggu lalu.
“Saya harap mereka bangkit semula di Hong Kong. Sentiasa akan ada tekanan ketika berada di kedudukan No.1 dunia. Mereka perlu biasakan diri.
“Saya telah kekalkan kedudukan (No.1) ini untuk masa yang lama. V Shem-Wee Kiong boleh lakukannya juga. Mereka tidak perlu risau dengan apa orang cakap. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka.”
V Shem-Wee Kiong akan berdepan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di perlawanan pembukaan.
Kali terakhir mereka bertemu pasangan Denmark ini di Terbuka Perancis bulan lalu, mereka tewas .
Bagi Chong Wei, dia mahu berehat.
“Saya telah menolak jemputan bermain di Liga China dan India walaupun saya sudah bertambah baik. Saya hanya mahu menikmati rehat ini,” kata Chong Wei.
Hanya tinggal satu lagi kejohanan – Kejohanan Akhir Superseries Dunia BWF di Dubai pada 14-18 Disember – dan Chong Wei hanya akan mengetahui nasibnya selepas Terbuka Hong Kong. Hanya lapan pemain terbaik akan layak dan Chong Wei di tangga kelima.
“Saya akan ke Dubai jika layak. Jika tidak, tak mengapa. Saya akan beraksi semula apabla musim baru Superseries bermula dengan All-England pada bulan Mac. Sehingga itu, biarlah saya berehat,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
Other posts by Khairul Nizam