Football

Jaringan menakjubkan Faiz Subri dalam senarai akhir Anugerah Puskas FIFA 2016

Sejarah tercipta dalam bolasepak Malaysia apabila jaringan yang dilakukan oleh pemain tempatan dalam Liga Super Malaysia berada dalam senarai akhir bagi undian Anugerah Puskas FIFA 2016.

Sepakan percuma menakjubkan Faiz Subri ketika menentang Pahang di awal saingan Liga Super 2016 menjadi sebutan di seluruh dunia apabila video jaringannya itu menjadi ‘viral’ di internet.

Sepakan percuma pemain tengah Pulau Pinang itu seakan-akan sepakan ‘knuckleball’ yang biasa dilakukan Cristiano Ronaldo mengejutkan penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin.

Selain jaringan Faiz Subri, turut tersenarai adalah Simon Skrabb (Atvidabergs FF), Daniuska Rodriguez (pemain pasukan wanita Venezuela), Hal Robson Kanu (Wales), Saul Niguez (Atletico Madrid), Neymar (Barcelona), Lionel Messi (Argentina), Marlone (Corinthians), Hlompho Kekana (Afrika Selatan) dan Mario Gaspar (Sepanyol).

Mampukah jaringan Faiz Subri menewaskan jaringan daripada pemain hebat seperti Neymar dan Lionel Messi? Anda boleh mengundi di http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html .

Seperti pepatah dalam bolasepak, “bola itu bulat”, tiada yang mustahil.

Other posts by