Dab mungkin sudah dianggap bukan trend terhangat sekarang dengan adanya trend terbaru seperti tarian juju dan mannequin challenge. Namun, Dab rupanya akan terus kekal walaupun dengan cara yang mungkin sedikit berbeza.
Seorang guru di Perancis telah mengambil cara sambutan yang sinonim dengan Paul Pogba itu dan menjadikannya satu masalah matematik untuk diselesaikan.
Soalan tersebut meminta pelajar menjawab sama ada dab Pogba itu sempurna atau tidak. Mengikut “Undang-Undang Sejagat Dab”, dab hanya dikira sempurna jika segitiga yang terbentuk dari dab itu dalam sudut yang tepat.
Berdasarkan bentuk segitiga yang terbentuk, maka terhasillah satu masalah trigonometri. Jadi, adakah dab Pogba adalah dab yang sempurna? Jika anda memang tidak banyak masa dan mahu mengetahui jawapannya, ia ada di bawah. Paul Pogba turut mengambil masa untuk menanyakan soalan ini di laman twitternya.
Saya cuba menyelesaikan masalah ini dan mungkin ia sedikit sukar kerana saya memang tidak berapa handal dalam matematik, tetapi saya mendapat jawapannya.
Jawapannya ialah dab Pogba tidak sempurna. Maaf Pogba. Tangan Pogba di belakang membentuk segitiga sempurna dengan 90 darjah ke arah bahunya, tetapi segitiga kecil yang terbentuk tidak berapa tepat. Sudutnya tidak berapa tepat sebanyak 93.065 darjah.
Nampaknya Pogba perlu kembali ke Dab University dan kembali belajar teknik dab yang tepat. Hmmm, bagaimana pula dengan dab rakan sepasukannya di Manchester United, Jesse Lingard? Adakah dab lingard sempurna?
Other posts by Khairul Nizam