Football

Ronaldo jadi patung memperaga seluar dalam?

Ronaldo disumpah menjadi patung dengan hanya memakai seluar dalam? Oh rupanya bukan.

Ia hanyalah satu daripada kegilaan pengguna media sosial pada masa ini. Skuad Portugal meluangkan masa untuk mengikut trend terbaru di internet iaitu ‘The Mannequin Challenge’.

Dapat dilihat pada video berkenaan bagaimana semua pemain dan staff kejurulatihan Portugal bergaya seperti patung di kompleks membeli belah dengan gaya masing masing. Ada yang duduk, ada yang seakan-akan menjawab telefon dan ada yang berbincang.

Namun, seperti biasa pastinya Cristiano Ronaldo yang mahu menjadi tumpuan. Kapten Portugal itu beraksi seperti patung Ken bersaiz biasa dengan hanya memakai seluar dalam.

Tidak tahu mengapa dia hanya memakai seluar dalam. Mungkin seluarnya koyak atau dia terlampau panas? Atau mungkin dia mahu mempromosi seluar dalam terbaru kepada peminatnya.

Jawapannya, hanya Ronaldo yang tahu.

Other posts by