Anda masih ingat taruhan gila Gary Lineker di Twitter musim lalu apabila dia bertaruh akan mengacarakan rancangan Match Of The Day dengan memakai seluar dalam jika Leicester City memenangi liga?
Nampaknya, Lineker masih tidak serik.
Hanya beberapa bulan selepas dia mengacarakan rancangannya dengan memakai seluar dalam, bekas bintang England itu membuat satu lagi taruhan gila yang mungkin akan membuatkannya menyesal seumur hidup.
Lineker, 55 tahun berjanji akan mengacarakan rancangan pertama musim hadapan dalam keadaan ‘bogel, berdiri di atas kepala sambil Alan Shearer dan Ian Wright memukulnya dengan kayu’ jika Leicester City mengekalkan kejuaraan.
Namun, sedikit berbeza musim ini kerana peluang Leicester untuk mengekalkan kejuaraan tipis apabila anak buah Claudio Ranieri dilihat bergelut dalam saingan liga berbanding musim lalu.
Walaupun ianya tidak mustahil, Leicester City nampak berbeza berbanding musim lalu ketika mereka mengejutkan Liga Perdana. The Foxes kini di tangga ke-13 selepas tewas empat dari 10 perlawanan pertama mereka.
Tapi siapa tahu, mungkin selepas mendengar taruhan ini pemain Leicester akan kembali bersemangat?
Other posts by Khairul Nizam