Football

Yeovil Town tandatangani pesakit leukaemia berusia 13 tahun

Menjadi impian mana-mana budak lelaki untuk bermain bersama kelab kesayangan mereka.

Peluang itu diberikan kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menghidap penyakit leukaemia oleh kelab di League Two, Yeovil Town.

Daryl Allinson dari Frome, Somerset yang sedang dalam proses pulih selepas berjaya membuat pembedahan tulang sum-sum keduanya merasai pengalaman terlibat dalam proses perpindahan, menandatangani kontrak, diperkenal kepada media dan bertemu rakan sepasukan di sesi latihan.

Photo credit: Twitter
Photo credit: Twitter

_92233389_daryl _92233391_welcome

Yeovil Town yang terkenal dengan gelaran The Glovers, memberikannya jersi dengan nama dan nombor satu di belakang, mengadakan sidang media untuk memperkenalkannya dan membenarkan Daryl menyertai sesi latihan besama pasukan utama.

“Daryl merupakan contoh yang baik untuk semua orang,” kata pengurus Yeovil Darren Way. “Ia satu contoh terbaik mengenai apa yang kita boleh capai dengan sikap positif .

“Kesungguhannya, keberaniannya dan sikapnya ketika menghadapi masa sukar sangat memberi inspirasi.”

Keluarga Allinson sebelum ini perlu mengumpul £100,000 untuk pembedahan keduanya dan akan terus berbuat demikian.

Allinson memberitahu BBC Points West: “Perkara seperti ini yang membantu menaikkan semangat saya.”

Other posts by