Football

Rooney perli bekas rakan sepasukannya di Twitter

Bertukar ‘banter’ di Twitter merupakan perkara biasa di kalangan kita terutamanya berkenaan bolasepak. Kadang kala ada yang menarik dan ada juga yang menyakitkan hati.

Namun, rupa-rupanya pemain (dan bekas pemain) bolasepak juga suka mengejek atau bertukar ‘banter’ di media sosial sesama mereka.

Photo credit: Twitter
Photo credit: Twitter

Sebagai contoh, ketika Michael Owen menulis di twitter menyokong bekas pasukannya Liverpool ketika mereka bertemu West Brom di Anfield, ketua pasukan Manchester United, Wayne Rooney memberikan balasan yang melucukan.

Photo credit: Twitter
Photo credit: Twitter

Owen, yang mencipta nama di Liverpool sebagai pemain remaja sudah semestinya menyokong the Reds. Namun, disebabkan dia pernah bermain untuk pasukan musuh Liverpool, Manchester United, Rooney tidak dapat mengelak untuk mengenakan Owen.

Photo credit: Twitter
Photo credit: Twitter

Akan tetapi, pastinya Rooney tidak menjangka Owen juga mampu mengenakannya apabila Owen menyebut mengenai kelab lama Rooney, iaitu Everton. Ouch.

Nampaknya majoriti pemain Manchester United yang tidak berada dalam kesebelasan utama mempunyai banyak masa lapang sehingga boleh bermain twitter seperti Rooney dan Bastian Schweinsteiger. Mungkin dah tiba masanya mereka fokus mengenai masalah pasukan mereka sendiri dan berlatih dengan lebih gigih.

Other posts by