Pengurus Evesham United Paul Collicutt menerima kejutan pada malam Selasa apabila dia turun ke padang latihan di Stadium Jubilee.
Salah seorang pemainnya tiba dan mengambil tempat letak kereta kebiasaannya…dengan menaiki traktor.
Dengan keretanya tidak dapat digunakan, penjaga gol Sam Gilder yang juga merupakan seorang petani mengambil keputusan untuk menggunakan satu lagi kenderaannya ke sesi latihan. D
Dengan kelajuan 30mph, ianya mungkin sedikit perlahan berbanding kereta yang sering digunakannya.
“Pengurus terkejut melihat ianya diletakkan di tempat kebiasannya, tetapi kemudian dia tergelak,” kata Gilder.
“Saya perlu memandunya dari Cleeve ke Evesham ulang alik, yang mengambil masa lebih sedikit, tetapi saya tidak mahu terlepas latihan.
“Rakan sepasukan saya menyukainya, tetapi apabila sesi latihan tamat, mereka semua bergegas mahu pulang kerana tidak mahu berada di belakang saya!”
Gilder mengesahkan bahawa dia akan kembali memandu keretanya ke sesi latihan pada hari Khamis.
Other posts by Khairul Nizam