Juara Olimpik Amerika Syarikat, Tyson Gay kehilangan anak perempuannya yang berusia 15 tahun selepas terkena tembakan liar dalam satu kejadian berbalas tembakan di antara dua kenderaan di luar sebuah restoran di Kentucky, kata polis.
Selepas kejadian tembakan di Lexingto itu yang berlaku sekita pukul empat pagi (0800 GMT), Trinity Gay dibawa ke sebuah hospital tempata di mana dia diumumkan meninggal dunia, kata Jabatan Polis Lexington dalam satu kenyataan.
Polis berkata mereka telah menahan dua suspek untuk disoal siasat berkenaan insiden itu. Siasatan pembunuhan masih dijalankan.
“Dia tidak dapat bertahan. Saya rasa sangat keliru,” kata Gay kepada Lex 18 television.
“Dia baru sahaja berada di sini minggu lalu untuk cuti musim luruh. Ini semua gila.”
Gay, 34 tahun, dilahirkan di Lexington dan tinggal di kawasan pinggir bandar Orlando, Florida. Dia tidak dapat dihubungi untuk kenyataan selanjutnya.
Pada tahun 2007, Gay memenangi tiga pingat emas dalam Kejohanan Dunia di Osaka, Jepun, membawa pulang kejuaraan acara 100m, 200m dan 4x100m. Dia mencipta rekod US dalam acara 100m dua tahun kemudian.
Gay, yang membuat penampilan pertamanya di Olimpik pada tahun 2008, memenangi pingat peraks dalam acara 4x100m di Sukan Olimpik London, 2012. Namun, pingatnya ditarik balik selepas ujian mendapati dia positif menggunakan bahan terlarang pada tahun 2013.
Ucapan takziah dari semua keluarga dunia olahraga dinyatakan menerusi media sosial.
“Takziah kepada Tyson Gay dan keluarganya di atas kehilangan anak perempuannya, Trinity,” tulis USA Track & Field, akaun rasmi badan sukan negara berkenaan di Twitter.
Juara lari berpagar Olimpik Amerika Syarikat Lolo Jones turut berkongsi kesedihannya. “ Hari yang buruk untuk Tyson Gay dan keluarganya,” kata Jones di Twitter. “Tuhan tolong kurangkan penderitaan mereka dan berikan mereka kekuatan menempuh detik sukar ini.”
Trinity merupakan bintang dalam pasukan olahraga Sekolah Tinggi Lafayette di Lexingotn, lapor Sports Illustrated.
“Hati kami remuk pagi ini di atas kehilangan Trinity pada keganasan yang tiada akal,” tulis akaun Fayette County Public School di Twitter.
Other posts by Khairul Nizam