Football

FA Palestin mahu FIFA bertindak ke atas kelab Israel

Persatuan Bolasepak Palestin semalam mengulangi gesaan untuk FIFA bertindak ke atas kelab Israel yang berpengkalan di penempatan di kawasan Tebing Barat , sehari sebelum mesyuarat penting.

Enam kelab Israel berpengkalan di kawasan penempatan itu, di mana ianya dianggap tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa, dan FIFA dijangka akan membincangkan isu ini dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka hari ini dan esok.

Ketua FA Palestin Jibril Rajoub meminta FIFA memaksa Israel untuk sama ada megusir kelab tersebut atau memindahkannya ke dalam kawasan Israel.

“Kami sedang menghantar mesej kepada masyarakat antarabangsa dan jawatankuasa eksekutif FIFA bahawa masanya sudah tiba untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Presiden FIFA Gianni Infantino minggu lalu memberitahu AFP bahawa kelab di penempatan tersebut merupaka ‘keutamaannya’.

Apabila ditanya oleh AFP mengenai apa yang akan mereka lakukan jika keputusan FIFA tidak berpihak pada mereka, Rajoub berkata mereka akan membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

“Kami akan membawa perkara ini ke CAS dan menuntut FIFA menghormati undang-undang antarabangsa,” kata Rajoub.

Persatuan Bolasepak Israel telah menuduh FA Palestin membawa sukan “dari padang ke masalah politik” dengan berkata mereka mahu membangunkan sukan itu sebagai ‘jambatan penghubung masyarakat dan bukan sebagai tembok yang memisahkan mereka’.

Wilfried Lemke, penasihat khas kepada setiausaha agung UN berkenaan sukan untuk pembangunan dan keamanan, minggu lalu menulis kepada FIFA menyokong usul Palestin.

“Semua pasukan yang bermain dalam pertandingan yang diiktiraf FIFA perlu mematuhi peraturan,” katanya dalam surat tersebut.

Jawatankuasa FIFA yang dipengerusikan oleh Tokyo Sexwale dari Afrika Selatan ditubuhkan untuk mempertimbang aduan ke atas FA Israel.

Other posts by