Perlawanan Malaysia menentang Afghanistan yang berlangsung pada malam semalam menyaksikan anak buah Ong Kim Swee mengikat pasukan Afghanistan 1-1. Apa yang jelas dalam perlawanan semalam, bukanlah kesukaran Malaysia mencari kemenangan selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, tetapi jumlah kerusi yang mengatasi jumlah penonton di Stadium Shah Alam. Jadi apa punca sebenar penyokong tidak mahu ke stadium?
1. Tiket mahal
Ini alasan paling tepat. Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan ini bernilai RM30. Dalam keadaan ekonomi sekarang, rata-rata rakyat Malaysia mula mengawal perbelanjaan mereka. Bagi mereka RM30, jika mahu dibelanjakan perlulah berbaloi. Bagi kami rakyat marhaen, RM30 itu boleh mengisi perut kami lebih dari sehari.
2. ‘Ala friendly je’
Jarang sebenarnya kita tertarik dengan perlawanan persahabatan. Apatah lagi jika menentang pasukan yang tidak terkenal. Bayangkan perlawanan persahabatan menentang Brazil atau England, pasti stadium akan penuh. Tapi lawan Afghanistan? *bunyi cengkerik*
3. Hari berkerja
Alasan ini sebenarnya masuk akal. Perlawanan di hari berkerja jarang mendapat sambutan. Mungkin kerana rata-rata penyokong masih penat selepas seharian berkerja dan pastinya lebih ingin untuk duduk di sofa yang empuk di rumah dan menikmati makanan panas berbanding duduk di kerusi plastik keras yang kadang-kala ada tahi burung dan makan burger stadium yang sayur pun tidak ada.
4. Permainan hambar
Corak permainan hambar dan membosankan. Rata-rata penyokong Malaysia yang biasa menonton perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Malaysia tahu perkara ini. Kita tidak mengharapkan dapat bermain ala tiki-taka, tetapi sekurang-kurangnya kita tak nak tengok LBB atau Long Ball Bodoh bak kata KJ.
5. Ada game ke malam tadi?
Promosi perlawanan Malaysia vs Afghanistan ini hambar. Mungkin ada berita di akhbar dan televisyen, tapi tidak cukup untuk membakar semangat penyokong untuk turun ke stadium. Sepatutnya perlu ada liputan meluas walaupun sekadar perlawanan persahabatan. Melihat pada liputan untuk perlawanan ini, agak berlawanan dengan status bolasepak sebagai sukan nombor 1 negara.
Other posts by Khairul Nizam