Zaman sekarang kita hidup di zaman internet di mana semua orang menunjuk konon mereka pandai. Apatah lagi dalam dunia bolasepak, ada saja golongan yang menjadi jurulatih dari sofa rumah, mengutuk pemain dan pasukan seakan-akan mereka lebih handal dari mereka yang beraksi di atas padang.
Namun, kadang kala apa yang kita kutuk atau tulis itu akan memakan diri kita sendiri. Ambil contoh penulis blog Peter Volikova yang berkata bahawa dia akan membotakkan kepala jika bekas penyerang Arsenal, Andrey Arshavin menjaringkan lebih tujuh gol musim ini.
Mungkin dia tidak tahu, Arshavin lebih dari mampu berbuat demikian. Dan, mungkin dia tidak tahu, Arshavin merupakan salah seorang dari pembaca blognya.
Selepas 25 perlawanan, Arshavin berjaya menjaringkan gol kelapannya untuk musim ini. Pastinya Volikova berpeluh apabila melihat jaringan itu.
Kebiasaannya jika ada taruhan sebegini, mungkin ada antara kita yang buat tak tau, atau mungkin mencukur kepala di rumah atau di kedai dan menunjukkan gambarnya sahaja. Tapi tidak untuk taruhan ini. Untuk taruhan ini, Arshavin sendiri yang mencukur kepada Volikova.
Arshavin kelihatan gembira dan seronok apabila mencukur licin kepada Volikova sehingga menjadi seperti kepala Upin dan Ipin. Selepas ini mungkin Arshavin boleh dikenali sebagai ArSHAVING. Ada sesiapa bertaruh Fakri Saarani akan menjaringkan lebih dari satu gol musim ini?
Other posts by Khairul Nizam