Others

Khairy Jamaluddin beraksi untuk Malaysia di Sukan SEA?

Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur mungkin akan mendapat tonik terbaru untuk menarik ramai penyokong turun menyokong kontinjen negara.

Jika sebelum ini, biasanya kita melihat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turun padang memberikan sokongan kepada atlet negara, kali ini kita mungkin akan dapat melihat beliau benar-benar turun padang dan beraksi sebagai salah seorang atlit negara!

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, merupakan salah seorang daripada 12 atlet negara yang disenarai pendek bagi mewakili Malaysia dalam acara polo berpasukan di temasya sukan itu nanti.

Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu dan menyatakan bahawa Khairy layak secara merit berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA).

Selain Khairy, sebahagian besar pemain polo profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat turut menganggotai skuad negara.

“Dua belas pemain termasuk saudara Khairy Jamaluddin, termasuk beberapa pemain-pemain profesional yang beraksi di Korat, saya yakin dan percaya pemain yang terpilih akan disenarai pendek untuk mewakili negara,” kata Norza.

Sukan SEA Kuala Lumpur akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos tahun depan.

Other posts by