Others

“Ayuh sambut kepulangan wira Paralimpik kita!” – Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa sambutan besar-besaran akan diadakan bagi menyambut kepulangan wira-wira Paralimpik negara pada 22 September ini.

“Sambutan ini berdasarkan kepada pencapaian luar biasa mereka yang berjaya merangkul 4 pingat (3 emas, 1 gangsa), pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan paralimpik dan pingat-pingat emas pertama dalam kejohana Olimpik-Paralimpik. Oleh yang demikian saya rasa mereka layak mendapat penghormatan besar-besaran” kata Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media.

IMG_9315

Kontinjen Paralimpik akan turut berarak di sekitar Kuala Lumpur bermula di Jalan Tun Razak dan akan berhenti di dua lokasi iaitu di KLCC (berhadapan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas) dan Pavilion KL ( berhadapan pancutan air di Jalan Bukit Bintang) sebelum mengakhiri perarakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Khairy turut menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut mereka: “Ini cara kita menyambut mereka. Saya harap orang yang berkerja dan berada di KLCC dan Bukit Bintang akan keluar dan menyambut mereka. Kita sudah dengar masyarakat bercakap mengenai mahu menyokong dan berbangga dengan mereka, ini masanya untuk rakyat menunjukkan sokongan kepada mereka.”

IMG_9330
Peta perjalanan Perarakan Kontinjen Paralimpik Negara

Kontinjen Paralimpik dijangka tiba di KLIA pada pukul 3.05 petang Khamis ini dan perarakan kontinjen Paralimpik ke Kuala Lumpur akan bermula pada 5.30 petang. Rakyat Malaysia dijemput untuk hadir memeriahkan dan meraikan ketibaan wira-wira negara ini.

Other posts by