Football

Tugas berat menanti Malaysia untuk layak ke Piala Dunia Bawah 16

Malaysia bersedia untuk berdepan tugas berat menjelang Kejohanan Akhir AFC Bawah 16 tahun di India.

Jurulatih skuad Bawah-16 tahun negara P. Somasundram berkata dia telah merangka strategi untuk mengatasi kekuatan fizikal pihak lawan mereka di Kumpulan C – Korea Selatan, Iraq dan Oman.

Malaysia akan memulakan kempen mereka menentang Oman di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru di Goa pada hari Jumaat.

“Kami akan berdepan lawan yang sukar…dengan kekuatan fizikal- dalam saiz dan kekuatan. Tetapi pemain kami tahu apa yang perlu mereka lakukan kerana kami telah bersedia dari segi taktikal untuk berdepan mereka,” kata Somasundram daripada Goa.

16 pasukan, dibahagikan kepada empat kumpulan, akan mengintai untuk merebut empat tiket ke Piala Dunia Bawah-17 tahun yang akan berlangsung di India pada 2017.

Dua pasukan teratas dari keempat-empat kumpulan akan layak ke suku akhir. Pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir akan beraksi di Piala Dunia Bawah-17.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan AFC Bawah-16 tahun adalah pada tahun 2014 di mana mereka mara ke suku akhir. Mereka ketika itu terlepas merebut tiket ke Piala Dunia Bawah-17 tahun di Chile selepas tewas 2-1 kepada pasukan pilihan Australia dalam aksi suku akhir di Stadium Muangthong, Bangkok.

Other posts by