Football

Kosovo kutip satu mata dalam penampilan kompetitif bersejarah pertama

Kosovo membuat penampilan pertama yang dramatik dalam penampilan pertama mereka di pertandingan kompetetif selepas bangkit untuk seri 1-1 menentang Finland selepas ketinggalan.

Bekas pemain antarabangsa Norway, Valon Berisha – salah seorang dari enam pemain yang diberi kebenaran untuk bermain hanya beberapa jam sebelum perlawanan- menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti pada minit ke-60.

Paulus Arajuuri memberikan Finland gol pendahuluan dalam pertembungan Kumpulan I itu, tetapi Kosovo, yang membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa mencuba mencari gol penyamaan dan hampir menjaringkan gol selepas rembatan Leart Pagarada terkena palang sebelum Barisha memberikan satu mata bersejarah kepada mereka.

Perlawanan tersebut merupakan salah satu dari tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1 dalam kumpulan tersebut, dengan pertembungan di antara Croatia dan Turki di Zagreb dan Ukraine menentang Iceland di Kiev turut berakhir dengan keputusan sama.

Other posts by