Football

Anak bintang Barcelona dan Argentina Lionel Messi ‘tidak suka bolasepak’

Anak sulung bintang Argentina Lionel Messi nampaknya tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, kerana dia dikatakan tidak menyukai bolasepak.

Thiago Messi yang berusia tiga tahun itu sering dilihat bersama ibunya, Antonella Roccuzzo, di tempat duduk penonton melihat bapanya beraksi di Nou Camp. Namun, nampaknya dia tidak berkongsi minat yang sama dengan Leo.

“Saya lihat dia tidak sukakan bolasepak maka saya biarkan,” kata Messi kepada saluran sukan TyC seperti dilaporkan oleh El Mundo Deportivo.

“Saya bukan seorang bapa yang belikan dia bolasepak dan memaksanya. (Namun) Kini kelab telah memulakan sesuatu untuk kanak-kanak dan kita akan lihat jika dia sukakannya.”

Messi yang juga mempunyai seorang lagi anak Mateo yang baru berusia 11 bulan, berkata anak sulungnya tetap mewarisi sesuatu darinya.

“Dia seorang yang suka bersaing,” tambahnya.

“Dia mahu menang dalam semua perkara. Saya juga sukakan kemenangan oleh itu saya tidak biarkan dia menang. Ketika menaiki tangga kami juga akan bersaing dan jika dia menang, dia akan beritahu saya.”

Other posts by