Football

Rooney pecahkan rekod penampilan terbanyak bersama England dalam perlawanan menentang Slovakia

Wayne Rooney menjadi pemain bukan penjaga gol yang melakukan penampilan terbanyak untuk England selepas diberikan peluang untuk membuat penampilan ke 116 oleh pengurus baru Sam Allardyce dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 di Slovakia.

Ketua pasukan Three Lions yang berusia 30 tahun itu mengatasi bekas rakan sepasukannya bersama skuad England, David Beckham, yang membuat 115 penampilan untuk England. Bekas penjaga gol England, Peter Shilton yang membuat 125 penampilan, masih memegang rekod sebagai pemain dengan penampilan terbanyak.

“Saya rasa ianya sentiasa penting dan satu penghormatan untuk mewakili skuad kebangsaan,” kata Rooney menjelang perlawanan itu di Trnava.

“Untuk melakukannya sebagai kedua-terbanyak adalah hebat, tetapi esok (Ahad) adalah mengenai pasukan, dan mendapatkan tiga mata.

“Saya pasti satu hari nanti di masa depan saya akan kenang kembali, tetapi seakrang saya hanya memandang perlawanan esok dan itu sahaja.”

Rooney juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak England dengan 53 gol, selepas memecahkan rekod yang lama dipegang oleh Bobby Charlton dengan 49 gol pada September 2015.

Seperti yang dijangka, ketua pasukan Manchester United itu dipilih sebagai pemain nombor 10 di belakang Harry Kane dengan England memulakan hidup baru di bawah kendalian Sam Allardyce.

Allardyce mengambil alih dari Roy Hodgson yang meletakkan jawatan selepas kekalahan memalukan England kepada Iceland di Euro 2016.

Other posts by