Squash

Nicol mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Ratu skuasy negara terus membuktikan dirinya masih antara pemain skuasy terulung dunia apabila menewaskan pemain New Zelaland, Joelle King untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong.

Anak jati Pulau Pinang itu muncul pemenang selepas menewaskan Joelle dalam lima set 11-7,7-11, 9-11, 11-8, 11-5 dalam masa 63 minit di pusingan kedua itu.

“Dia (Joelle) mendapat rentak di pertengahan permainan. Saya tahu saya perlu bermain dengan baik. Dan saya berjaya akhirnya (di set kelima),” ujar Nicol.

Dalam pusingan pertama pada hari Rabu, Nicol turut bermain dalam lima set untuk menewaskan pemain pusingan kelayakan Tesni Evans dari Wales.

Nicol yang juga pemain No.3 dunia akan berdepan pemain pilihan keenam kejohanan, Camille Serme dari Perancis di suku akhir.

Pemain Perancis itu hanya memerlukan 23 minit untuk menewaskan pemain tuan rumah, Tze Lok 11-5,11-5,11-4.

Other posts by