Seorang pekerja Arsenal telah meletakkan jawatan selepas komen Arsene Wenger mengenai membayar gaji 600 pekerja di kelab tersebut lebih penting dari membeli pemain selepas perlawanan menentang Leicester City yang berakhir dengan keputusan 0-0.
Arsene menjawab pertanyaan wartawan selepas perlawanan tersebut berkenaan membeli pemain baru: “ Saya akan membelanjakan £300 juta jika saya jumpa pemain yang bernilai £300 juta.
“Tetapi jangan lupa kami adalah kelab dengan 600 pekerja yang kami mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.”
Pekerja tersebut yang tidak mendedahkan namanya menunjukkan surat letak jawatan yang dihantar olehnya sebagai tanda protes kepada komen Wenger di twitter dan menjadi sebutan di laman sosial tersebut.
Memetik ayat dari surat tersebut,” Untuk menyalahkan 600 pekerja yang berkerja di Arsenal Football Club untuk tidak membeli pemain adalah sesuatu yang memalukan.
“Saya menerima gaji £7.20 setiap jam, dan berkerja 37.5 jam setiap minggu. Saya menerima gaji £270 setiap minggu. Untuk 52 minggu berkerja, ia menjadikannya £14,014 setiap tahun.
“Theo Walcott menerima gaji 10 kali lebih tinggi dari itu setiap minggu.
“Saya tidak mahu menjadi beban kelab ini.”
Namun, ramai penyokong Arsenal meragui kesahihan surat ini. Melihat kepada pemilihan font dan cara beliau menulis surat ini, ramai antara mereka mengucapkan selamat berjaya kepada jejaka ini untuk mencari kerja baru di masa hadapan.
Other posts by Khairul Nizam