Badminton

Chong Wei bakal bersara selepas Kejohanan Dunia 2017

Tiga kali dia hampir sampai kemuncak, namun apa yang dikejar terlepas juga.

Seorang manusia biasa pasti akan mengaku kalah, tetapi ini bukan manusia biasa. Ini Lee Chong Wei.

Di umur 33 tahun, ianya menjadi sukar untuk meninggalkan keluarganya, namun dia tetap berikrar untuk terus berjuang untuk sekurang-kurangnya setahun lagi, untuk memenangi kejuaraan dunia pada tahun 2017.

“Saya kecewa, saya telah memberikan segalanya tetapi Chen Long terlampau hebat,” kata beliau selepas kekalahan 21-18, 21-18 di acara perseorangan lelaki pada hari Sabtu lalu.

Chong Wei berkata dia akan bermain untuk setahun lagi sebelum bersara.

“Olimpik Tokyo terlampau jauh. Saya perlu beri laluan kepada pemain muda.

“Ianya sukar untuk meninggalkan isteri saya (Wong Mew Choo) dan anak-anak (Kingston dan Terrence) apabila saya pergi ke kejohanan. Saya tinggalkan mereka sebulan untuk persiapan ke Rio dan memenangi pingat. Maaf ianya bukan emas.

“Apa yang bagus adalah sekarang saya boleh berehat dan bertenang buat sementara waktu.”

Ditanya jika beliau boleh memenangi gelaran dunia sebelum bersara, beliau menjawab: “Saya akan cuba yang terbaik.”

Chong Wei berkata beliau berharap apa yang berlaku di Rio akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bersukan, terutamanya badminton.

Pingat perak Chong Wei merupakan satu daripada empat yang dimenangi oleh kontinjen Malaysia di Rio. Antara yang turut merangkul pingat perak adalah Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (bergu campuran), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (bergu lelaki) dan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun platform 10m seirama).

Malaysia turut merangkul pingat gangsa menerusi Azizulhasni Awang dalam acara keirin.

Other posts by