Football

TMJ mahu berehat seketika dari bolasepak

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin akan berehat – di antara satu hingga tiga tahun – selepas musim ini.

Antara sebab yang membuatkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah penurunan jumlah kehadiran penyokong JDT di Stadium Larkin.

“Saya menyedari jumlah penonton yang hadir ke perlawanan di Stadium Larkin semakin berkurangan dalam beberapa perlawanan yang lalu.

“Ini sangat mengecewakan. Saya percaya penyokong sudah menjadi terlalu selesa dengan kejayaan pantas JDT, yang mungkin menjelaskan mengapa mereka tidak turun menyokong perlawanan di tempat sendiri,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas sesi dialog bersama penyokong JDT di stadium tersebut pada hari Ahad.

Beliau juga enggan untuk menerima alasan bahawa penurunan ini disebabkan perlawanan yang terlampau banyak kebelakangan ini.

“Apabila saya mengambil alih dan menubuhkan JDT pada 2013, tidak kira pasukan mana yang kami berdepan, stadium akan sentiasa dipenuhi penyokong,” jelas beliau.

“Kini, jumlahnya makin berkurangan dan ini mungkin memberi kesan kepada tajaan kerana penaja akan berfikir dua kali ekoran kehadiran yang rendah.”

Beliau menjangkakan JDT akan kehilangan lebih kurang RM35 juta dari sudut tajaan jika kehadiran penyokong ke stadium terus berkurangan.

Dalam perlawanan terakhir JDT di Stadium Larkin – menentang PDRM dalam saingan Liga Super – pada 16 ogos, penyokong yang hadir kurang daripada 8,000 orang di stadium yang berkapasiti 30,000 penonton.

Tunku Ismal berkata dia akan membuat keputusan mengenai cuti sabatikalnya di penghujung musim ini.

“Saya pasti ramai pihak akan bergembira mengetahui saya akan berehat daripada bolasepak. Namun, saya mahu melihat siapa yang menggantikan saya akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab,” kata beliau.

Other posts by