Azizulhasni Awang menjadi wira Malaysia apabila memenangi pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik Rio awal pagi ini.
Selepas memenangi pingat gangsa itu, Azizulhasni mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial miliknya untuk menunjukkan penghargaan beliau kepada semua individu dan pihak yang membantu perjalanan kerjayanya.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah sindiran Azizul kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Dalam kenyataan beliau, Azizul berkata:” Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini.
“Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.”
Selain itu, Azizul turut meluahkan rasa kecewa apabila pihak Menteri Besar Terengganu tidak memberikan maklumbalas kepada pengurusnya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Azizulhasni, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif berkata, “Saya tidak pernah mendengar permohonan Azizul, sama ada secara terus darinya atau dari pengurusnya seperti yang didakwa. Mungkin ada pihak yang terlepas pandang perkara ini,” jelas Razif.
Beliau turut berkata,” Pertama sekali, saya sukar hendak percaya dakwaan itu kerana lumba basikal antara empas sukan teras, selain bola sepak, ekuastrian dan hoki yang kami ambil serius. Bahkan ada dana sukan dan pelan untuk membangunkan sukan teras ini dengan belanjawan yang besar.”
“Juga, kami memberikan perhatian serius kepada atlet berkelas dunia kami dan yang sudah memberikan kejayaan.
“Lihat saja ganjaran dan insentif yang sudah diberikan pada masa lalu,” ujar beliau.
Other posts by Khairul Nizam