Football

Roberto Martinez dilantik jurulatih Belgium

Bekas pengurus Everton dan Wigan, Roberto Martinez telah diberikan tugas berat untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Belgium untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Russia, diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Belgium semalam.

Jurulatih berusia 43 tahun dari Sepanyol itu terkenal dengan taktikal menyerangnya, mengambil alih tugas dari Marc Wilmots yang dipecat selepas Belgium tewas di suku akhir Euro 2016 kepada Wales.

Berita perlantikan Martinez mengejutkan ramai pihak kerana ramai jurulatih lain seperti Marcelo Lippi yang memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali dan bekas pengurus AS Roma, Rudi Garcia turut memohon untuk jawatan tersebut.

Martinez pastinya mampu membiasakan diri dengan pasukan Belgium kerana beberapa pemain seperti Romelu Lukaku pernah bermain di bawah kendaliannya serta pemain seperti Thibaut Courtois, Eden Hazard dan Kevin De Bruyne bermain di Liga Perdana Inggeris di mana Martinez pernah mengendalikan Wigan dan Everton.

Other posts by