Football

Jeremy Menez putus sebahagian telinga ketika beraksi untuk Bordeaux

Penampilan pertama Jeremy Menez untuk Bordeaux pastinya akan menjadi satu mimpi ngeri buatnya.

Dua hari selepas menyertai kelab Ligue 1 itu dari AC Milan, Menez kehilangan sebahagian dari telinganya ketika satu pergelutan dengan pemain Lorient Didier Ndong.

Kejadian itu berlaku apabila pemain tengah Lorient itu terpijak kepala pemain berusia 29 tahun itu dan secara tidak sengaja memutuskan sebahagian telinga beliau.

Photo Credit: AFP/Getty Images
Photo Credit: AFP/Getty Images

Dalam satu kenyataan oleh kelab berkenaan. Lorient mengesahkan bahawa bekas pemain Paris Saint-Germain itu akan menjalani pembedahan untuk kecederaan itu.

Ndong juga menawarkan permohonan maafnya kepada bekas pemain antarabangsa Perancis itu ekoran kejadian itu.

36D87F5000000578-3722599-image-m-26_1470266100083

“Saya memohon maaf kepada Jeremy Menez dan Bordeax.

“Saya akan memberikan sokongan penuh dan berharap dapat melihat dia beraksi di Ligue 1 dengan segera.”

Menez menyertai Bordeaux dengan kontrak tiga tahun selepas dua musim bermain di Serie A.

Dia hanya beraksi selama 15 minit dalam perlawanan persahabatan itu yang dimenangi Bordeaux 3-1.

Other posts by