Football

JDT bakal miliki kapal terbang sendiri

Kelab bola sepak Johor Darul Takzim bakal menjadi pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang mempunyai pengangkutan udara sendiri apabila DYMM Sultan Johor berkenan untuk mengurniakan kelab berkenaan dengan sebuah kapal terbang.

Berita ini dinyatakan melalui laman facebook rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers. Memetik kenyataan dari laman facebook berkenaan: “Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim menerima satu lagi berita gembira apabila DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang akan digunakan oleh pegawai kelab dan para pemain. Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017. Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baru sebagai kelab pertama tanahair yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan.”

Ini pastinya akan memudahkan pasukan Johor Darul Takzim untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa dan meneruskan cabaran negara di peringkat Asia.

Other posts by