Squash

Nicol muncul juara Kejohanan Jemputan Wanita

Bintang skuash negara, Nicol David mendapat tonik terbaik untuk kembali menjadi pemain No.1 dunia apabila menjuarai Kejohanan Jemputan Skuash Wanita SRAM semalam.

Nicol yang kini berada di kedudukan No.4 dunia hanya memerlukan 23 minit untuk menewaskan wakil India, Joshna Chinappa, 11-6, 11-6, 11-4 di Pusat Skuash Negara, Bukit Jalil menjelang Jelajah Persatuan Skuash Profesional 2016-2017 bulan ini.

Pemain No.10 dunia, Chinappa, berjaya mengikat Nicol di set pertama 6-6. Namun, juara dunia lapan kali itu berjaya mengawal permainan dan tidak memberikan peluang kepada Chinappa.

Kejohanan itu menjemput enam pemain di dalam kedudukan 20 pemain terbaik dunia untuk menggantikan Terbuka Malaysia yang dibatalkan tahun ini.

“Saya bermain lebih baik dalam setiap permainan dan saya mengikut perancangan saya serta memberikan tekanan seawal mungki.

“Dia (Chinappa) bermain dengan baik. Dia sangat yakin selepas menewaskan Joelle King dari New Zealand (di separuh akhir) pada hari Sabut, oleh kerana itu saya tau dia akan bermain dengan baik hari ini (semalam), “ jelas Nicol, yang menang ke atas pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy di separuh akhir pada hari Sabtu.

Misi seterusnya untuk Nicol adalah mempertahan gelaran Terbuka Hong Kong yang akan berlangsung pada 23-28 Ogos.

“Kejohanan ini adalah untuk membantu saya berlatih menjelang Terbuka Hong Kong. Saya berjaya memperbaiki beberapa perkara sebagai persediaan ke Hong Kong. Sebarang kemenangan adalah satu bonus untuk saya.

“Saya percaya saya semakin tangkas dan lebih fokus. Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini,” tambah Nicol, yang akan menghabiskan masa selama dua minggu di Australia.

Dia akan berlatih di Melbourne bersama jurulatih beliau Liz Irving. Pemain berusia 32 tahun itu juga akan bermain dalam perlawanan pertunjukan di Brisbane.

Other posts by