Football

Gonzalo Higuain lengkapkan perpindahan bernilai £75.3 juta ke Juventus

Pemain Argentina Gonzalo Higuain menjadi pemain ketiga termahal dunia dalam sejarah selepas menyertai Juventus dari Napoli dengan harga bernilai €90 juta (£75.3 juta).

Perpindahan Higuain meletakkan beliau di belakang pasangan Real Madrid Gareth Bale (£85 juta) dan Cristiano Ronaldo (£80 juta) dalam senarai dalam satu perpindahan yang akan membantu urusan perpindahan Paul Pogba ke Manchester United.

Satu kenyataan dari laman web Juventus berkata: “Juventus mengesahkan hari ini pembelian hak pendaftaran ke atasa Gonzalo Higuain untuk €90 juta, dibayar dalam tempoh dua tahun. Pemain tersebut telah bersetuju dengan kontrak lima tahun.”

Penyerang Argentina itu menjaringkan 36 gol dalam Serie A musim lalu dan membantu Napoli menamatkan saingan di tempat kedua, sembilan mata di belakang Juve.

Selepas berpindah ke Eropah dengan menyertai Real Madrid dari River Plate, Higuain menjaringkan 107 gol dalam enam musim dan membantu Real memenangi tiga kejuaraan La Liga dan Copa del Rey pada tahun 2011. Dia berpindah ke Napoli pada tahun 2013 dan menambah Coppa Italia dalam kabinet trofinya pada tahun 2014.

Penyerang berusia 28 tahun itu membuat 63 penampilan untuk Argentina sejak membuat debut pada tahun 2009, menjaringkan 32 gol dan membantu mereka mara ke perlawanan akhir Piala Dunia dan final Copa America tahun ini dan sebelumnya – tetapi tewas kesemua tiga perlawanan.

Perpindahan itu disahkan selepas nama Higuain tertera di senarai perpindahan yang dimuktamadkan di laman web Serie A. Napoli kemudian mengumumkan di laman twitter merekam bahawa Juve telah bersetuju dengan klausa perpindahan pemain itu.

Juventus berkata kemasukan Higauin tidak bermaksud mereka akan dipaksa untuk menjual Pogba tetapi United terus berharap untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu. Mereka telah membuat tawaran bernilai £92 juta (€110 juta) dengan tambahan £8 juta tetapi Juve difahamkan mahu penambahan £8 juta dari tawaran berkenaan.

Other posts by