Selain daripada pemain perseorangan No.1 dunia, Lee Chong Wei, bergu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga merasakan mereka boleh membantu Malaysia meraih pingat di Sukan Olimpik Rio de Janeiro.
Gandingan mereka yang kini berada di tangga ke 10 dunia, pastinya mahu mencipta nama di kemunculan kedua mereka di Sukan Olimpik bulan hadapan.
Peng Soon percaya pengalaman yang diraih mereka ketika membuat penampilan pertama Olimpik di London empat tahun lalu akan membantu mereka di Rio.
Di London, Peng Soon-Liu Ying tewas semua tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan gagal mara ke suku akhir.
“Ia merupakan Olimpik pertama kami dan jangkaan mempengaruhi kami. Kami tidak bermain di tahap terbaik. Kali ini kami lebih bersedia.
“Berbanding empat tahun lalu, kami lebih memahami antara satu sama lain dan telah menewaskan banyak gandingan hebat. Oleh itu, saya percaya kami akan mendapat keputusan baik jika dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
“Ini mungkin menjadi peluang terbaik kami untuk memenangi pingat Sukan Olimpik, tetapi ianya tidak mudah kerana gandingan lain juga mahukannya, oleh itu persiapan sangat penting.
“Jika kami membuat persiapan dengan bagus, kami mungkin capai sasaran itu,” jelas Peng Soon di satu majlis yang memperkenal mereka sebagai duta 100 Plus termasuk juara perseorangan remaja wanita dunia Goh Jin Wei dan bergu lelaki negara Tan Wee Kiong-Goh V Shem.
Kesemua pemain yang akan ke Rio kini berada di peringkat terakhir persiapan mereka dan ianya bukan sekadar persiapan fizikal untuk Peng Soon-Liu Ying, yang berjaya mara ke tiga Final kejohanan terbuka tahun ini dan menang satu – Terbuka New Zealand pada bulan Mac.
Sepanjang tempoh itu, mereka turut menewaskan bergu campura No.1 dunia Zhang Nan-Zhao Yunlei di Terbuka Malaysia pada bulan April.
“Untuk sekarang, kami berkerja kerasa untuk membentuk keserasian, bukan setakat sesama kami, tapi juga dengan jurulatih kami (Chin Ee Hui).
“Dia telah bermain di Olimpik sebelum ini dan maklumat darinya sangat berguna buat kami,” jelas Peng Soon.
Tiada kem khas buat pemain badminton negara, yang akan terbang ke Rio pada 29 Julai.
Malaysia akan menyertai semua acara badminton, dengan Tee Jing Yi merupakan wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita.
Other posts by Khairul Nizam