Football

Dez Corkhill: Kenapa 3-5-2 formasi yang sesuai untuk Malaysia

Jika anda menonton Euro 2016 tempoh hari, anda akan menyedari bahawa “tiga orang pertahanan” adalah corak permainan terbaru. Formasi 3-5-2 adalah sistem yang memberikan keutuhan kepada Itali ketika mereka menunjukkan aksi memberangsangkan untuk marai ke suku akhir hingga mereka ditewaskan oleh Jerman yang menukar formasi mereka untuk menewaskan Itali.

Lebih menakjubkan adalah, ianya adalah satu system yang membantu Wales untuk mara ke separuh akhir kejohanan. Untuk Wales, 3-4-2-1 membantu meningkatkan aksi pemain dari liga kejohanan dan pemain bawahan Liga Perdana dalam skuad mereka. Keutuhan taktikal mereka membantu pemain bintang mereka untuk menyinar.

Ianya juga satu sistem yang telah lama saya fikirkan sesuai – atau boleh dicuba – untuk pasukan kebangsaan di Asia Tenggara. Rungutan biasa yang didengari mengenai pemain di rantau ini adalah kekurangan fizikal di kalangan pertahanan, dan kekurangan penjaring. 3-4-3 mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.

welsh_fans-large_transqVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwfSVWeZ_vEN7c6bHu2jJnT8
Photo Credit: The Telegraph

Hakikat mengenai pemain asing menguasai posisi pertahanan tengah, midfield dan penyerang tengah di pasukan negeri dan kelab bermakna tidak ramai pemain Malaysia yang digunakan di posisi penting itu dalam perlawanan antarabangsa. Sejak sekian lama, jurulatih terpaksa meletakkan mana-mana pemain untuk bermain di posisi di mana mereka menunjukkan aksi baik di satu peringkat tetapi bergelut di peringkat lebih tinggi (peringkat Asia).

Aset yang biasanya dikaitkan dengan pemain di rantau ini adalah kepantasan, kebolehan teknikal yang tinggi dan skil individu yang baik. Alistair Edwards – Pengarah Sukan di Johor Darul Ta’azim – sering bercakap mengenai kebolehan teknikal pemain di bawahnya di Harimau Selatan, berbanding pemain di akademi di Australia.

Pengarah Teknikal Singapura, M. Michel Sablon, dalam ucapan ‘Plan untuk masa depan bola sepak di Singapura’, juga mengakui kelebihan skil di kalangan pemain ‘tempatan’, tetapi menunjukkan satu sistem tertentu sebagai ‘filosofi permainan’ di kalangan pasukan bola sepak Singapura.

Sistem beliau iaitu 4-3-3 – sistem yang sama berjaya untuk Belgium, sebelum mereka tewas kepada Wales di Euro 2016, semakin digunakan sejak 10 tahun kebelakangan ini selepas kebangkitan ramai jurulatih muda sejak lima tahun lalu. Sablon adalah antara individu penting yang melaksanakan sistem yang membantu Belgium naik dalam arena bola sepak antarabangsa.

Photo Credit: FAM
Photo Credit: FAM

Pengarah Teknikal Malaysia, Fritz Schmid, tidak pernah memberitahu bagaimana dia mahu Malaysia bermain. Tetapi beliau yang telah memantau bola sepak profesional di Malaysia dan Singapura selama 15 tahun ini, satu pemantauan di mana satu sistem seperti 3-4-3 mungkin sesuai untuk pemain Malaysia. Untuk saya, ia satu tekaan dan perbincangan tetapi mengakui sebagai seorang yang tidak begitu arif mengenai permainan ini, ianya satu sistem yang telah lama saya kagumi.

Tiga pertahanan di belakang ( 3-4-3 atau 3-5-2) adalah satu sistem yang jarang dimainkan dan bila digunakan, pasukan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Dalam satu musim saya bersama pasukan profesional di Asia Tenggara pada tahun 2002-2003, bekas pertahanan Kuala Lumpur Scott O’Donell (kini Pengarah Pendidikan Kejurulatihan di Persekutuan Bola Sepak Seluruh India_ menggunakan sistem 3-5-2 untuk membantu skuad muda Geylang United untuk muncul naib juara di Liga Singapura dan Kejohanan Piala.

Bekas pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Baihakki Khaizan merupakan antara pemain muda yang muncul dari pasukan itu, dan beliau bermain bersama pemain veteran Singapura Lim Tong Hai dan pemain import Australia Peter Bennett. Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny, merupakan penjaga gol muda yang berada di belakang trio itu sementara penyiar PJ Roberts membantu di hadapan trio pertahanan itu. Geylang muncul naib juara dalam musim itu kepada pasukan Home United di bawah kendalian bekas jurulatih Kelantan dan Perak, Steve Darby yang juga bermain dengan tiga pertahanan iaitu Aide Iskandar, S. Subramaniam dan A. Siva Kumar – semuanya pemain kebangsaan.

Photo Credit: FourFourTwo
Photo Credit: FourFourTwo

Paling terkini, jurulatih Pahang, Razip Ismail, memperkenal sistem yang membantu Harimau Muda memperbaiki kedudukan mereka di Liga Singapura musim lalu. Selepas bergelut di separuh pertama musim pada tahun 2015, Harimau Muda menunjukkan aksi bertambah baik di peringkat seterusnya, dan kebangkitan itu banyak dibantu dengan implimentasi tiga pertahanan di belakang. Kenny Pal Raj dari Perak merupakan pertahanan paling tengah yang banuak membantu mereka kerana ia membantu Amirul Hisyam dan Adam Nur Azlin dari membuat kerja pertahanan serta membantu mereka menjadi tonggak kreatif pasukan.

Kelebihan sistem ini adalah ia membantu memberikan keyakinan kepada pertahanan tengah. Muslim Ahmad dan Fadhli Shas merupakan pemain yang dinilai tinggi secara individu, tetapi gandingan mereka sering bergelut di peringkat antarabangsa di luar rantau ASEAN. Tidak banyak perbezaan juga apabila Aidil Zafuan, Amiridzuan Taj, Afif Amiruddin dan pemain lain bermain di luar ASEAN, apabila mereka sering tewas dengan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan tiada bantuan ketika bertahan. Semua pemain tersebut menyinar apabila berganding dengan pemain asing yang berbadan besar – tetapi mereka tiada bantuan apabila bermain di peringkat antarabangsa. Bayangkan bantuan dari Shukor Adan, sebagai contoh, sebagai seorang ketua dan pertahanan tengah ketiga, boleh diberikan kepada mereka.

Pemain bek-sayap merupakan satu posisi di mana Malaysia tidak mempunyai masalah. Malaysia sudah mempunyai pemain seperti S. Kunanlan yang bermula sebagai pemain sayap tetapi bertukar posisi ke pemain bek; sama seperti Azrif Nasurlhaq. Pemain JDT, Fazly Mazlan juga pemain fulbek yang mempunyai pemikiran untuk menyerang, sama seperti Zubir Azmi yang sudah dilupakan. Keempat-empat pemain sangat sesuai untuk peranan sebagai bek sayap. Semuanya mempunyai kepantasan, ketahanan dan stamina, juga kebolehan bertahan ( dan kelemahan) dan kebolehan untuk menyerang. Tetapi mereka perlu ada seorang pemain tengah – seperti Brendan Gan – yang mempunyai kesedaran apabila pemain bek sayap mara ke depan, untuk menutup ruang, maka sistem itu boleh berjaya.

download
Photo Credit: ESPNFC

Tiga pertahanan di bawah boleh menjadi satu filosofi menyerang kerana ia membantu bek sayap untuk mara ke depan, di mana, pada masa tertentu, ia akan menolak penyerang untuk mara lebih ke depan. Sekali lagi, satu rungutan yang biasa kita dengar dalam skuad kebangsaan adalah penyerang sering terasing. Sistem tiga pertahanan di bawah mungkin boleh membantu mengurangkan beban dari penyerang tunggal yang sering digunakan Malaysia. Tunjangn utama kejayaan Wales di Euro 16 adalah penyerang tengah (Sam Vokes atau Hal Robson-Kanu) pemain tengah bertahan (Joe Ledley), dan pertahanan tengah di antara tiga pertahanan ( Ashley Williams). Tiada di antara mereka yang boleh disebut sebagai pemain bintang namun mereka berjaya membantu Wales ke separuh akhir Kejohanan Eropah. Sistem ini sesuai dengan pemain mereka.

Di peringkat antarabangsa, selain daripada Itali dan Wales, juara Copa America, Chile juga menggunakan tiga pertahanan tengah sejak tahun lalu. Mereka menunjukkan aksi hebat di Piala Dunia Brazil 2014 dengan menggunakan sistem itu walaupun tewas kepada Brazil menerusi penentuan sepakan penalti. Lebih dekat dengan Malaysia, di Thailand, Buriram United tidak tewas sepanjang musim Liga Premier Thai 2015 dengan menggunakan tiga pertahanan di belakang. Pertahanan tengah Venezuela Andres Tunez, diapit oleh pemain berpengalaman Thailand Suree Sukha dan Narubadin yang hanya bolos 24 gol dari 34 perlawanan.

Di Singapura, pasukan yang menunjukkan aksi hebat di Liga-S adalah Albirex Niigata ( bekas pasukan pemain Terengganu Issey Nakajima). Mereka bermain dengan tiga pertahanan di belakang dan mempunyai rekod pertahanan terbaik di dalam liga. Pesaing terdekat mereka, Tampines Rovers, juga telah berjaya dengan eksperimen tiga pertahanan di belakang dalam saingan Piala AFC ditunjangi Faharuddin Mustafic. Jurulatih Brunei DPMM, Steve Kean memberikan reaksi kepada prestasi buruk mereka apabila mengarahkan Rosmin Kamis bermain di sebelah kanan dalam sistem tiga pertahanan di belakang. Pasukan mereka membelasah Balestier Khalsa 4-1 untuk menamatkan persembahan buruk mereka yang hanya menang satu dari tujuh perlawanan.

Ong Kim Swee

Jelas sekali, bahawa anda perlukan pemain yang boleh bermain dengan sistem itu, dan Sablon yang cuba untuk memperkenalkannya kepada Singapura, Pengarah Teknikal di Malaysia mungkin boleh mencuba perkara yang sama di sini. Ia bukan jalan penyelesaian singkat – sekurang-kurangnya kepada pemantau ini – untuk menjadi satu sistem yang ssesuai dengan pemain yang bermain secara professional di Malaysia.

Secara jujurnya, jika ia mampu membantu Wales, sebuah negara dengan 3 juta penduduk dan hanya lima kelab profesional, ia boleh berjaya di sini.

Other posts by