Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menukar format untuk kejohanan kebangsaan tahun hadapan.
Kejohanan kebangsaan kebiasaannya bermula dengan format sirkit timbal balik sebelum perlawanan akhir GP dilangsungkan di hujung tahun.
Walaupun pemain No.1 dunia Lee Chong Wei telah memenangi kejuaraan kebangsaan sebanyak 10 kali dari 2002-2011, sirkit kebangsaan dan Final menerima sambutan yang kurang menggalakkan dari pemain terbaik negara kerana ia selalu bertembung dengan kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
“Objektif kami adalah untuk menyaksikan pemain terbaik negara bertanding untuk kejuaraan kebangsaan…tetapi ianya tidak berlaku dalam beberapa tahun ini,” jelas pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid selepas mesyuarat jawatankuasa pada hari Sabtu.
“Oleh itu, bermula tahun depan, kami tidak akan adakan dua sirkit dan GP Final.
“Tetapi, kami akan hanya adakan perlawanan kelayakan dan kejuaraan utama.
“Ianya akan diadakan pada awal tahun…dalam bulan Januri dan Februari untuk mengelakkan pertembungan dengan kalendar antarabangsa.
“Untuk membuatkan ianya lebih menarik, 32 pemain perseorangan akan diundi serta 16 bergu akan diundi dan hanya pemain yang berada di kedudukan lapan pemain terbaik dunia akan dikecualikan dari peringkat kelayakan.
“Selai itu, akan ada peningkatan dari segi hadiah wang tunai dan trofi yang diberikan kepada pemenang.”
Peringkat pertama sirkit kebangsaan tahun ini diadakan pada bulan Mei dengan Chong Wei Feng bergelar juara dengan ketiadaan beberapa pemain kebangsaan.
Pusingan kedua dijadualkan akan berlangsung pada 24-28 Ogos di Kedah dan GP Final dijangka akan berlangsung pada bulan Disember.
BAM turut mengumumkan akan mengadakan sirkit timbal balik untuk Bawah-18 dan Bawah-21 tahun hadapan sebagai salah satu program pembangunan mereka.
Mereka juga akan memperkenal kejohanan antarabangsa keempat- Siri Antarabangsa Malaysa – tahun hadapan, selepas menganjurkan Super Siri Premier Terbuka Malaysia, Kejohanan Malaysian Masters (GP Emas) dan Cabaran Antarabangsa Malaysia.
“Siri Antarabangsa itu adalah kejohanan terendah dalam jelajah dunia dan sesuai untuk pemain baru kita untuk mendapatkan mata dan pendedahan bertanding di tempat sendiri,” jelas Al-Amin.
Other posts by Khairul Nizam