Argentina telah menyenaraikan pemain Atletico Angel Correa dan Giovanni Simeone, anak kepada jurulatih kelab berkenaan Diego, dalam skuad bola sepak mereka untuk Sukan Olimpik Rio de Janeiro bulan hadapan.
Correa merupakan salah seorang dari lima pemain yang bermain di luar, termasuk pemain tengah West Ham United Manuel Lanzini, penjaga gol Real Sociedad Geronimo Rulli serta penyerang Jonathan Calleri dan Lucas Romero, yang bermain di Brazil untuk Sau Paulo dan Cruzeiro.
Antara pemain yang tidak tersenarai adalah penyerang Juventus Paulo Dybala dan penyerang Inter Milan Mauro Icardi selepas Argentina berdepan masalah untuk mendapatkan pelepasan untuk senarai 18 pemain skuad Olimpik mereka.
“Kami mengumpulkan pemain menggunakan forsep,” beritahu presiden Jawatankuasa Olimpik Argentina (COA) Gerardo Werthein kepada La Nacion selepas gusar tidak akan dapat mengumpulkan pemain untuk temasya berkenaan.
Jurulatih pasukan Gerardo Martino meletakkan jawatan selepas pulang dari kejohanan Copa America bulan lalu di Amerika Syarikat, di mana skuad senior Argentina tewas kepada Chile, selepas menyedari dia hanya mempunyai sembilan orang pemain yang disahkan berada di dalam skuad untuk sesi latihan Olimpik minggu lalu.
Julio Olarticoechea, yang mengendalikan skuad bawah-20 tahun, menggantikan Martino dan pastinya berharap akan menjadi anggota kedua dari skuad juara Piala Dunia 1986 Argentina yang membawa negaranya memenangi pingat emas Olimpik selepas Sergio Batista melakukannya di Beijing pada tahun 2008.
Skuad pingat emas di Beijing, termasuk Lionel Messi, mempertahan pingat emas yang dimenangi Argentina dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun sebelum itu, tetapi Argentina gagal layak ke Olimpik London 2012.
Penjaga gol Rulli dan pertahanan Independiente Victor Cuesta yang membuat penampilan pertama untuk Argentina di Copa America, adalah antara dua pemain lebih usia dalam skuad bawah 23 tahun Argentina.
Penyerang River Plate Simeone merupakan penjaring terbanyak di Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 tahun Amerika Selatan yang dimenangi Argentina dengan sembilan gol dari sembilan perlawanan pada bilan February tahun lalu yang membantu Argentina layak ke Olimpik.
Argentina akan bertemu Portugal, Algeria dan Honduras di peringkat kumpulan yang akan bermula pada 4 Ogos, sehari sebelum temasya berkenaan bermula secara rasmi.
Other posts by Khairul Nizam