Badminton

Zii Jia azam lupakan kekalahan acara berpasukan dengan kejayaan acara individu

Pemain perseorangan lelaki remaja negara Lee Zii Jia tidak sabar untuk melupuskan kekecewaannya apabila acara perseorangan di Kejohanan Remaja Asia, Bangkok bermula hari ini.

Juara Terbuka Remaja Belanda itu tewas 13-21, 18,21 kepada Sun Feixiang apabila Malaysia tumpas 3-0 kepada China di suku akhir acara campuran pada hari Isnin.

Juara bertahan China menjulang kejuaraan ketujuh mereka apabila menewaskan Korea Selatan 3-1 di perlawanan akhir semalam.

Zii Jia kini fokus dengan acara perseorangan, di mana dia diletakkan sebagai pilihan keempat.

“Walaupun kami tewas dalam acara berpasukan, saya dapat mengetahui mengenai pesaing saya dan saya kini menumpukan perhatian untuk melakukan yang terbaik dalam acara perseorangan,” ujar beliau.

“Sasaran saya tidak berubah…iaitu untuk mara ke separuh akhir dan berharap untuk pergi lebih jauh.

“Undian agak sukar untuk saya..Saya perlu menentang Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia dan Lee Chia-Hao dari Taiwan sebelum ke separuh akhir.

“Disebabkan saya telah menewaskan mereka dalam acara berpasukan, saya rasa lebih yakin…harapnya saya boleh capai sasaran saya.”

Zii jia, yang mendapat bye dalam pusingan pertama, dijangka akan mara ke pusingan keempat, di mana dia dijangka akan bertemu Chico. Jika di menang, dia akan mara ke suku akhir untuk bertemu pilihan ketujuh Chia Hao dan Chirag Sen dari India di separuh akhir.

Wakil perseorangan lelaki Malaysia yang lain adalah pilihan ke-14 Leong Jun Hao, Tan Jia Wei dan Sim Fong Hau.

Dalam acara bergu lelaki Malaysia akan meletakkan harapan kepada pilihan keenam Soh Wooi Yik-Ooi Zi Heng, Chen Tang Jie-Hoo Pang Ron dan Chang Yee Jun-Ng Eng Cheong.

Calon terbaik Malaysia untuk menjuarai acara perseorangan wanita adalah menerusi juara remaja dunia Goh Jin Wei. Pemain berusia 16 tahun itu yang merupakan pilihan kedua turut mendapat bye dalam pusingan pertama sebelum bertemu Yeung Pui Lam dari Hong Kong ata Thanushi Anuthara Ratnayaka dari Sri Lanka di pusingan kedua.

Other posts by