Pengulas bola sepak Iceland yang menjadi terkenal selepas reaksinya apabila pasukan negaranya menjaringkan gol kemenangan di lewat permainan menentang Austria menjadi viral telah muncul dengan satu lagi aksi menghiburkan- kali ini England menjadi mangsanya.
Gudmundur Benediktsson tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila Kolbein Sigthorsson memberikan Iceland gol pendahuluan ke atas anak buah Roy Hodgson di Nice dan mengulangi jeritan nyaring yang menaikkan namanya.
Benediktsson, yang baru baru ini dipecat dari jawatan pembantu pengurus di KR Reykjavik, menjadi sensasi internet selepas ulasannya ketika Arnor Traustason menjaringkan gol di lewat permainan ke atas Austria Rabu minggu lalu.
Reaksinya terhadap jaringan Sigthorsson, yang membolehkan Iceland mendahului 2-1, sangat menakjubkan- tetapi dia tidak berhenti di situ.
https://www.youtube.com/watch?v=4USJd4f9Z3Y
Sejurus wisel penamat ditiup dan kemenangan Iceland disahkan, Benediktsson sekali lagi membuat ulasan yang menghiburkan.
“Ia sudah berlaku! Ia sudah berlaku! Kita tidak akan pulang! Anda saksikan atau tidak! Anda saksikan atau tidak! Jangan bangunkan saya dari mimpi menakjubkan ini,” jerit beliau.
“Anda boleh boo kami England! Iceland akan menentang Perancis Ahad ini. France Iceland! Anda boleh balik rumah. Anda boleh keluar dari Eropah. Anda boleh pergi ke mana yang anda suka,” jerit beliau dengan jelas merujuk kepada Brexit.
“England 1 Iceland 2 itu keputusan akhir di Nice. Dan kisah dongeng diteruskan.”
Seperti yang dikatakan oleh Benediktsson, Iceland akan menentang Perancis di suku akhir Kejohanan Eropah di Stade de France di Saint Denis pada hari Ahad.
Adakah kita akan disajikan dengan satu lagi ulasan menakjubkan dari Benediktsson? Kami harap begitu.
Other posts by Khairul Nizam