Athletics

Khairul Hafiz tukar fikiran beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia

Pelari pecut muda negara Khairul Hafiz Jantan menukar fikirannya dan akan beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia IAAF Bawah 20 tahun di Bydgoszcz, Poland.

Khairul yang merupakan pelari pecut remaja terbaik Asia selepas mencatatkan rekod terbaik peribadi 10.36 dalam acara 100m untuk memenangi pingat emas dalam Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam pada 4 Jun lalu. Dia juga mencatat rekod 21.15 untuk merangkul pingat perak dalam acara 200m.

Pelari dari Melaka itu pada mulanya engga ke kejohanan remaja dunia, yang akan berlangsung pada 19-24 Julai, untuk memberi fokus kepada Sukma di Kuching yang akan berlangsung pada 22-31 Julai.

Namun, Khairul akhirnya mengubah fikiran dan akan bertanding di kedua-dua kejohanan dunia dan Sukma.

Pelari yang berusia 18 tahun itu hanya akan bertanding dalam acara 100m di kejohanan remaja dunia itu walaupun telah layak untuk acara 200m. Acara 100m di kejohaanan remaja dunia akan berlangsun pada 19 dan 20 Julai sementara acara olahraga Sukma akan berlangsung pada 26-30 Julai.

“Saya mengubah fikiran kerana saya mahu menguji diri saya bersaing dengan pelari pecut remaja terbaik dunia di Poland. Saya telah buktikan diri saya di Asia…sekarang saya mahu mencabar pelari pecut terbaik lain.

“Saya berada di tahap mental dan fizikal terbaik dalam hidup saya dan memenangi pingat emas di Kejohanan Remaja Asia telah menaikkan keyakinan saya ,” jelas Khairul.

Khairul, yang menyertai Kejohana Remaja Dunia IAAF Bawah 17 tahun di Cali, Colombia, Julai tahun lalu, turut berharap dia akan menjadi atlet Malaysia pertama yang berjaya layak ke saingan akhir 100m pada kejohanan remaja dunia di Poland.

Di Cali, beliau beraksi baik untuk mara ke separuh akhir dalam acara 100m dan 200m.

Khairul percaya bahawa dengan beraksi baik di Poland akan “memberikan inspirasi untuk memenangi tiga pingat emas di Sukma – bagi acara 100m, 200m dan 4x100m.

Tiga atlet lain – Badrul Hisyam Abdul Manap (lelaki 100m), Mohd Rizzua Haizad (lelaki 100m berpalang) dan R. Kirthana (lompat kijang wanita) – juga akan beraksi di Kejohanan Remaja Dunia, Poland.

Jurulatih negara Mohd Poad Mohd Kassim berkata kesemua empat atlet akan ke Jerman pada 7 Julai untuk menjalani latihan selama dua minggu sebelum bertanding di kejohanan tersebut.

Other posts by